| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Dialog Bulanan Bagi Bulan Februari 2021 Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Dialog Bulanan bagi bulan Februari 2021 Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah diadakan pada 27 Februari 2021 bertempat di Dewan Seroja. Aturcara majlis telah dimulakan dengan pemakaian pangkat Penolong Penguasa Penjara, Sarjan Penjara dan Koperal Penjara diikuti dengan acara Penyerahan Tongkat Sarjan Mejar, Penyampaian  Anugerah Kualiti Dan Inovasi 2020, Jabatan Penjara Malaysia serta penyampaian hadiah Festival Remaja Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. Majlis penyampaian dan dialog telah disempurnakan oleh PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah SHG Telok Mas Melaka.