| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Israk Mikraj Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL

Telah berlangsung program sambutan Israk Mikraj peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL pada 11 dan 12 Mac 2021 Yang melibatkan ODP dan kakitangan. Pada 11 Mac 2021, Majlis diadakan Di Rumah Perantaraan Negeri Selangor yang melibatkan ODP dan kakitangan.

Pada 12 Mac 2021, Majlis diadakan Di Surau Al- Falah, Bukit Wira yang melibatkan kakitangan PPN Selangor & WPKL Dan pegawai Sektor Pemasyarakatan. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat sebelum diteruskan lagi dengan ceramah berkaitan Israk Dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Amir Adili dari Bahagian Agama Dan Kaunseling.

Majlis turut disertai oleh TKJP (Keselamatan & Koreksional) Dato' Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, KP Dato' Mohd Sakeri bin Hj Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL, TKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling, Pegawai kanan Dan kakitangan sektor pemasyarakatan, serta pegawai kanan Dan kakitangan PPN Selangor & WPKL.