| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Pembayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji Bulanan Kepada Kakitangan Penjara Taiping Perak

Taklimat Pembayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji Bulanan Kepada Kakitangan Penjara Taiping Perak telah diadakan pada hari Selasa, 25 Februari 2020. Antara pengisian program ialah Tazkirah Ringkas berkaitan Kepentingan Pembayaran Zakat Secara Bulanan, Praktikal Cara Pengiraan Kelayakan Potongan Zakat (Kalkulator Zakat Pendapatan) dan sesi soal jawab bersama kakitangan. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hafizzie bin Abd Karim, Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK). Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh PKK Haji Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taiping. Program yang diadakan sebelum Majlis Dialog Bulan Februari 2020 ini, bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang dan dihadiri hampir 100 orang kakitangan.