| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penanaman Anak Pokok ‘Mangga King’ Terengganu (Harumanis) Dan Proses Pendebungaan (Kacuk) Benih Tembikai

Pada 16 Mac 2021, satu majlis penanaman anak pokok ‘Mangga King’ Terengganu (harumanis) telah diadakan bertempat di Kebun Latif Penjara Marang, Terengganu. Majlis yang diadakan seawal jam 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh PKK Nik Robidin bin Ab Rahman, Pengarah Penjara Marang diiringi PP Mohd Nazri bin Mohamad Ketua Seksyen Bahagian Pengurusan Banduan, PPP Mohd Hatta bin Hashim, Ketua Unit Pemulihan, PPP Siti Naidah@Zunaidah binti Mat Nawi, Ketua Unit Vokasional & Industri, kakitangan serta beberapa orang banduan BKLP.

Bagi fasa pertama, sebanyak (300) anak pokok ‘Mangga King’ Terengganu (harumanis) yang disumbangkan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah ditanam. Selain itu, turut diadakan acara proses pendebungaan (kacuk) benih tembikai oleh Pengarah Penjara Marang, Terengganu diatas tanah yang dijangka akan ditanam diatas tanah seluas 3 ekar.