| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan Kepada Kakitangan Penjara Sungai Udang

Pada 17 dan 18 Mac 2021, bertempat di Dewan Keris Laksamana Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 1 kepada kakitangan Penjara Sungai Udang yang diselia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT). Seramai 132 orang kakitangan yang disenarai sebagai Barisan Hadapan Covid-19 Institusi telah menerima suntikan vaksin ini. Turut menerima, TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang) dan PKK Faridon bin Md Saad (Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang). Pemberian vaksin kepada semua kakitangan Penjara Sungai Udang akan dilaksanakan secara berperingkat.