| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kenduri Sekampung Pusat Koresksional Labuan

06 April 2021 (Selasa) - Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Program Kenduri Sekampung anjuran Badan Kebajikan Islam Penjara (BAKIP) yang melibatkan seluruh warga kerja dan kakitangan di Surau Abu Ayyub Al-Anshori Taman Bakti Perumahan Kakitangan Pusat Koresksional Labuan. Seramai hampir 80 orang hadir dalam menjayakan majlis ini.

Matlamat program ini diadakan untuk membina ukhuwah dan silaturahim dalam kelompok kakitangan serta sebagai wadah pemangkin antara kaum dan agama untuk saling membantu antara satu sama lain. Majlis Kenduri Sekampung ini diraikan oleh seluruh warga Pusat Koresional Labuan tanpa mengenal agama dan keturunan.

Majlis Kenduri Sekampung ini turut dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koresional Labuan. Dengan adanya program sebegini, penghayatan sebelum menyambut bulan Ramadan dilihat sangat meriah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong perdana dan memotong daging serta memasak di sebelah pagi. Antara pengisian program pada sebelah petangnya pula adalah solat Asar secara berjemaah, kemudian diikuti bacaan Yasin dan tahlil serta doa selamat. Majlis berakhir pada jam 5 petang setelah jamuan makan selesai.