| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat SUHAKAM

Pada 16 April 2021 (Jumaat) jam 9.30 pagi, YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia menerima kunjungan kerja daripada delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Jerald Josep, Pengerusi Kumpulan dan Pemantauan/ Pesuruhjaya SUHAKAM. Selain bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua belah pihak, perbincangan turut menyentuh isu hak asasi manusia iaitu:
i) Program Prison Reform
ii) Hak dan kebajikan staf dan banduan semasa penularan wabak COVID-19
iii) Masalah kesesakan penjara
iv) Sistem bucket di penjara lama