| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Bertemu Pelanggan Pusat Koreksional Labuan

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan Pusat Koreksional Labuan (PKL) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 24 & 25 Mac 2021 yang lalu dalam usaha meningkatkan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahu pun aduan selain sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej Unit Audit Dalam.

Antara aktiviti semasa Hari Bertemu Pelanggan ini adalah Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan. Seramai 110 kakitangan Pusat Koreksional Labuan telah hadir dengan jayanya pada hari tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Bakti Wira PKL. Perlaksanaan program ini berkonsepkan hari terbuka melalui menyediakan kaunter perkhidmatan khas yang menyediakan kemudahan untuk kakitangan berkomunikasi dengan pegawai yang menjaga buku perkhidmatan masing-masing.

Penolong Pegawai Tadbir En. Roseli bin Japar berkata, pogram dua hari ini memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan bagi menyemak buku perkhidmatan masing-masing seterusnya mengemas kini urusan perkhidmatan dan cuti di dalam BPK mengikut pangkat/gred jawatan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PKL yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini.