| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Koreksional Labuan

Bagi memastikan setiap anggota sentiasa kekal cergas, sebanyak 8 pasukan telah menyertai Kejohanan Futsal Piala Pengarah Pusat Koreksional Labuan (PKL) yang diadakan di gelanggang futsal Dataran Bakti PKL pada 07 April 2021 anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi institusi ini. Tujuan kejohanan futsal ini dibuat adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PKL. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan PKL dan membudayakan amalan hidup yang sihat serta dapat mencungkil bakat-bakat pemain.

Pertandingan itu diadakan untuk warga dalaman Pusat Koreksional Labuan dimana semua pegawai dan kakitangan dibahagian pentadbiran terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Pembahagian secara undian telah ditentukan bagi mewakili pasukan masing-masing.

Kejohanan yang bermula pada jam 2 hingga 5 petang itu berakhir dengan menyaksikan "Selusuh Sepet" muncul juara mengalahkan "Malim Tagap" di tempat kedua. Hadiah kepada pemenang berbentuk hamper telah disampaikan oleh TPP Alfonsus Franciss Anak Hill. Beliau turut berkata kejohanan ini bukan saja mampu mengeratkan hubungan sesama anggota dan kakitangan, tapi turut menggalakkan mereka melakukan aktiviti sihat.