| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ziarah Prihatin Dan Bantuan Musaadah Covid-19 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Penjara Seremban

Pada 27 April 2021 (Selasa) bersamaan 15 Ramadhan 1442 Hijrah, Penjara Seremban telah menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri bersempena Program Ziarah Prihatin dan Bantuan Musaadah COVID-19. Program turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, TKP Mohd. Muslih bin Mahmud, Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, wakil QSR Brands (M) Holding Sdn. Bhd (KFC) dan kakitangan Penjara Seremban.

Diantara pengisian program ialah Tazkirah Ramadan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri kepada penghuni penjara, penyerahan sumbangan keperluan harian kepada Pegawai Penjara (Frontliner B40) dan sumbangan kepada Orang Diparol (ODP). Penjara Seremban turut menerima sumbangan RM 5,000.00 untuk keperluan penghuni.