| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada YBhg. Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang

28 April 2021 - TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak diiringi PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang di kediamannya. Tujuan kunjungan diadakan adalah sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas kerjasama dan sokongan yang berterusan dalam membangunkan songket SaraPRIDE Penjara Puncak Borneo. Semoga silaturahim terus terjalin dan berharap agar songket SaraPRIDE dapat dikenali di dalam mahupun luar negara. Di akhir kunjungan tersebut, TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menyampaikan kuih raya keluaran  Penjara Puncak Borneo ikhlas daripada warga kerja Penjara Negeri Sarawak.