| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

30 April 2021 (Jumaat), Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Ghazale bin Mohamad (Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap ADUN RIM). Majlis turut dihadiri TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid (Pengarah Penjara Negeri Melaka), En. Azraie bin Ramli (Pengarah FAMA Negeri Melaka), PKP Zalina binti Mohd Yunus (Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka), PKP Zamzuri bin Ghani (Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka), Pegawai Kanan dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka serta kakitangan FAMA Negeri Melaka. FAMA Negeri Melaka telah memberi sumbangan berupa khemah sebagai Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), alat penimbang dan bakul bernilai RM 13,250.00 disampaikan oleh YB Datuk Wira Hj. Ghazale bin Mohamad. Majlis diakhiri dengan sumbangan tembikai gred A oleh FAMA Negeri Melaka kepada Pusat Koreksional Jasin, Melaka.