| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Pelarasan Penganjuran Program Bulan Antidadah 2021 Peringkat Jabatan Penjara Malaysia

05 Mei 2021 (Rabu) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Penganjuran Program Bulan Antidadah 2021 Peringkat Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Budi, Kuala Klawang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh  KP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan. Turut hadir PKK Mohd Roslen bin Ramli Timbalan Seksyen Pemulihan & Pendidikan IPPM, PKK Abd Rahman Bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan serta PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. IPDJ telah dilantik sebagai tuan rumah penganjuran Program Bulan Antidadah bagi tahun 2021. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran bahaya dadah dikalangan penghuni dan masyarakat. KP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan juga melawat Bengkel Vokasional & Industri IPDJ.