| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perjumpaan Bersama Kakitangan Bertugas Serta Solat Hari Raya Aidilfitri Bersama Penghuni Pada 1 Syawal 1442 Hijriah Tahun 2021 Bagi Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

13 Mei 2021 (Khamis) – Kakitangan dan Warga daripada Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamaan 1 Syawal 1442 Hijriah bagi tahun 2021. Seramai (31) orang daripada Pegawai dan Anggota lain-lain pangkat telah hadir bertugas pada hari tersebut. Turut hadir memeriahkan suasana PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ menghadiri perjumpaan anggota bertugas giliran awal serta solat berjemaah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama Penghuni di Surau An-Nur, IPDJ. Seramai (17) Orang Penghuni telah terlibat dalam Solat Berjemaah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Solat Berjemaah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.