| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kaunter Bergerak Tabung Haji ?Mobile Counter-Th? Di Penjara Taiping Perak

Program Kaunter Bergerak Tabung Haji ?Mobile Counter-Th? Di Penjara Taiping Perak telah diadakan pada hari Rabu, 26 Februari 2020, bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan Islam di institusi ini melakukan urusan-urusan yang berkaitan dengan Tabung Haji. Antara kemudahan yang disediakan oleh ?Mobile Counter-TH? ialah Pendaftaran Ahli Baru, Kemaskini Profil, Hibah Amanah, Daftar Haji, Potongan Gaji dan LinkKad ATM Bank-TH. Program ini merupakan kerjasama antara Unit Agama Penjara Taiping dengan Pejabat Tabung Haji (TH) Cawangan Taiping. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Husin, Eksekutif Pentadbiran Haji dan Pemasaran, TH Taiping kepada PKK Haji Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taiping. Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.