| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan Keatas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Pada 07 Mei 2021 (Jumaat), jam 03.00 Petang, YDH TKP Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, bersama PKK Rosman Norman, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKK Teyun Thian Eim Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Kesumawati Binti Ilas, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu serta beberapa pegawai dari Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat keatas  Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Bin Untong, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan serta barisan kepimpinan Jabatan Penjara Malaysia yang baharu. Antara perkara yang dibincangkan oleh YDH TKP Hajah Nora binti Musa kepada YB Datuk Seri Panglima Sr Hajji Safar Bin Untong, adalah untuk memaklumkan program-program pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Selain itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan turut memaklumkan situasi semasa pandemik Covid-19 di institusi Penjara Sabah. Kunjungan hormat tersebut selesai pada jam 0430 Petang.