| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

World #Quran Hour, Pusat Koreksional Jasin Melaka

6 Mei 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H (Khamis), bertempat di bilik Mesyuarat Cempaka dan Surau Wanita Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan program “World #Quran Hour”. Program bermula pada jam 12.00 tengah hari dimulai dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya disambung dengan bacaan Surah Al-Mulk dari ayat 1 hingga ayat terakhir. Surah Al-Mulk adalah Surah yang ke 67 dan diturunkan di Mekah. Dinamakan Surah Al-Mulk adalah kerana pada awal surah ini Allah S.W.T menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.

Program ini telah disertai seramai lebih kurang (20) orang kakitangan dan bacaan dipimpin oleh Ustaz Abdul Lathif Bin Ismail, Pegawai Agama Pusat Koreksional Jasin Melaka. Semoga program membaca Al-Quran secara serentak seluruh dunia, satu jam bersama Al-Quran “World #Quran Hour” ini dapat dilazimi, difahami dan ditadabbur.