| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Pusat Koreksional Jasin Melaka

06 Mei 2021 (Khamis) bersamaan 24 Ramadan 1442H, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi (Reska) dan Kelab Pegawai Kanan kepada pegawai dan kakitangan. Di samping itu juga Surau An Nur telah memberi sumbangan kepada Imam dan Bilal yang bertugas sepanjang bulan Ramadan bagi melaksanakan solat sunat tarawih di surau institusi ini. Majlis tahunan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan institusi ini di samping beramal di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Majlis ini diakhiri dengan ucapan daripada PKP Zalina binti Mohd Yunus (Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka).