| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penempatan Semula Banduan (PPSB) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

4 Jun 2021 (Jumaat), Program Penempatan Semula Banduan (PPSB) peringkat institusi telah dilaksanakan kepada (01) Orang DiSelia (ODS) iaitu Kamarul Bahrin bin Mohamad @ Mamat yang telah dibebaskan. Penyerahan telah dibuat oleh PKP Zalina binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka kepada majikan Encik Azrai pengusaha Restoran Asam Pedas Lipat Kajang Jasin, Melaka. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak menjadi halangan kepada institusi ini bagi mencari peluang pekerjaan kepada banduan selepas dibebaskan. Ianya dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pengarah berharap supaya usaha ini dapat terus dilaksanakan dan memastikan banduan mendapat tempat untuk berubah dan dipulihkan.