| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Daripada Persatuan Pegawai Penjara Dalam Menangani Pandemik Covid-19

Penjara Puncak Borneo Kuching telah menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA) berjumlah RM10,000.00 bagi urusan kebajikan kepada kakitangan dalam menangani pandemik covid-19 yang sedang melanda institusi ini.
Sehubungan itu, pihak pengurusan serta warga kerja institusi ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan di dalam kebersamaan Persatuan Pegawai Penjara (POA) menangani pandemik covid 19.


Semoga segala usaha pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan serta pengurusan Persatuan Pegawai Penjara (POA) mendapat keberkatan dalam membantu seluruh institusi menjaga kebajikan seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia. Semoga pandemik ini cepat berlalu di institusi Penjara Puncak Borneo Kuching.