| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kolaborasi Operasi Sanitasi Covid-19 Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

24 Jun 2021 (Khamis) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu dalam menjayakan bantuan semburan pembasmi kuman (nyah cemar) di institusi ini.  Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ dan Tuan Mohd Fazill bin Mohd Yunus Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu. Operasi ini melibatkan seramai (09) orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu dan (3) orang anggota IPDJ. Semburan pembasmi kuman (nyah cemar) ini bagi membendung penularan Covid-19 dikalangan anggota dan keluarga. Sanitasi ini melibatkan kawasan kuarters pegawai kanan, kuarters lain-lain pangkat dan surau kakitangan IPDJ.