| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Unit Akademik SHG Telok Mas Laksanakan PdPR Kepada Pelajar SPM 2021

Bermula pada 28 Jun 2021 - Guru-guru Unit Akademik Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah melaksanakan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Melalui kaedah ini, semua calon SPM ditempatkan di Dewan Parameswara bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara atas talian dengan lebih selesa. PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka berharap perlaksanaan PdPR ini dapat mengatasi masalah pembelajaran secara bersemuka (PdPc) yang tidak dapat dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kaedah ini juga akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4.