| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan

Pada 3 Ogos 2021 (Selasa), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TKP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Majlis dihadiri oleh PKK Rosman bin Norman@Normin, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan dan PKK Faisal bin Mohamed Noor. Seramai 14 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) didahului oleh PKK Faisal bin Mohamed Noor (Pengarah Penjara Tawau), KIP Gani bin Bukat (PPD Sandakan), pegawai lain-lain pangkat dan seterusnya Pemakaian Pangkat daripada Inspektor Penjara (IP) kepada Ketua Inspektor Penjara (KIP) Stanley Jumin. Majlis tersebut dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.