| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbincangan Berkaitan Pengoperasian Dan Pengisian Rumah Transit Industri (RTI) Penjara Penor

Pada 10 Ogos 2021 (Selasa), satu lawatan telah diadakan di Rumah Transit Industri (RTI) Penjara Penor yang telah diketuai oleh PKK Tey Hock Soon daripada Seksyen Komuniti, Bahagian Parol  & Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Lawatan ini telah diadakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.45 pagi.Turut hadir bersama ialah PKK Charin Promwichit, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Penjara Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan pegawai dari Pejabat Negeri Pahang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dan pengoperasian Rumah Transit Industri (RTI) Penjara Penor.