| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelancaran Program Semarakan Jiwa Merdeka Anjuran ULIN & AKRAB Penjara Wanita Kota Kinabalu Yang Dirasmikan Oleh PKP Kesumawati Binti Ilias, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu

27 Ogos 2021, Jumaat - Unit Latihan dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Penjara Wanita Kinabalu telah bekerjasama menganjurkan program ‘Pelancaran Semarakkan Jiwa Merdeka’ sempena bulan kemerdekaan. Pelancaran dimulakan dengan  perarakan kereta dan motorsikal berhias mengelilingi Kompleks Penjara Negeri Sabah. Program ini diisi dengan aktiviti yang bersifat virtual dan disesuaikan dengan keadaan norma baru, pelaksanaan mengikut SOP Pandemik Covid-19. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah video rakaman Deklamasi Sajak, video rakaman Lagu Kemerdekaan, Pejabat Paling Ceria Bertemakan Kemerdekaan dan pertandingan Kereta Berhias. Matlamat utama program ini adalah bagi membakar semangat jiwa-jiwa kemerdekaan walaupun berada dalam keadaan Norma Baru.