| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Angkatan Tentera Malaysia Oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan Dan Koreksional)

Pada 30 Ogos 2021, Jam 10.00 pagi YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan dan Koreksional) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Angkatan Tentera Malaysia bertempat di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Objektif utama kunjungan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama sedia ada antara kedua agensi serta membincangkan kerjasama strategik untuk membangunkan bahan pembelajaran (e-learning) kepada banduan radikal yang terlibat dengan aktiviti keganasan di Jabatan Penjara dengan penggunaan bahan berbentuk multimedia dan infografik.

Program ini merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia melalui Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi (BRT) untuk memperkukuhkan pelaksanaan aktiviti pemulihan kepada banduan yang terlibat dalam aktiviti keganasan. Kedua-dua pihak telah menyatakan persetujuan untuk mewujudkan satu kumpulan jawatankuasa kerja (technical working group) bagi melaksanakan pembangunan bahan pembelajaran (e-learning) khusus kepada program pemulihan kepada banduan yang terlibat dalam aktiviti keganasan.