| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Vaksinasi Dos Pertama Penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah

Pada 30 Ogos 2021 (Isnin), jam 0900 pagi hingga jam 1210 tengahari, bertempat di Dewan Kristal Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah, telah berlangsung Program Vaksinasi Dos Pertama ke atas penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau. Seramai 106 orang penghuni yang terdiri daripada 83 orang penghuni lelaki dan 23 orang penghuni wanita telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovic.

Seramai 15 orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Doktor Denis Chong telah hadir untuk menjayakan program ini. Pihak Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dos kedua akan diberikan pada 20 September 2021 iaitu 21 hari selepas pemberian dos pertama.