| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kempen Derma Darah Anjuran Penjara Seremban Bersama Hospital Tuanku Jaafar Seremban Dan Loin's Club Seremban

Pada 4 September 2021 (Sabtu) bertempat di Dewan Melati, Penjara Seremban, Negeri Sembilan telah diadakan Program Kempen Derma Darah Anjuran Penjara Seremban bersama Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Lion's Club Seremban. Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Program turut disertai oleh PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban. Seramai 79 orang telah hadir dan setelah dibuat saringan kesihatan seramai 68 orang telah menderma darah.