| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Vaksinasi Banduan Di Penjara Tapah

Penjara Tapah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang telah mengadakan Program Vaksinasi Covid-19 kepada banduan di Penjara Tapah. Seramai 2125 orang banduan yang telah menerima suntikan vaksin sepanjang tempoh program diadakan iaitu bermula pada 9 September 2021 dan selesai pada 14 September 2021. Program ini turut dihadiri Pengarah Penjara Tapah TKP Faisal bin Mohamed Noor, hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang, Dr. Raja Mohd Azim bin Raja Haron.