| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Amal Pusat Koreksional Muar Bersama Pengarah Penjara Negeri Johor Ke Pusat Jagaan Baitul Maghfirah Suria (Rumah Kebajikan & Pendidikan Anak Yatim, Fakir Miskin Dan Asnaf Zakat) Di Parit Bakar, Muar, Johor

Pada 26 September 2021 jam 11.30 pagi, Pusat Koreksional Muar bersama Pengarah Penjara Negeri Johor KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim  telah menjayakan program pemberian sumbangan ke rumah Pusat Jagaan Baitul Maghfirah Suria (rumah kebajikan & pendidikan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat) di Parit Bakar, Muar Johor. Pusat jagaan ini menempatkan seramai 140 anak-anak yatim dan asnaf yang terdiri daripada 75 lelaki dan 65 perempuan yang berumur 6 tahun sehinnga 12 tahun. Program ini juga melibatkan, PERSIAP Pusat Koreksional Muar, Adun Bukit Pasir YB Najib Lep , N.G.O serta sumbangan dari perseorangan yang terlibat secara langsung dalam menyalurkan sumbangan di dalam program ini. Antara barangan keperluan yang disampaikan adalah seperti barangan keperluan asas iaitu makanan basah dan kering, barangan keperluan mandi, sabun pencuci baju dan serta alatan tulis seperti buku,pensel, pen dan lain-lain. Semoga program ini diberkati oleh Allah S.W.T.