| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program 'I-Kembali' Di Penjara Seremban

Pada 27 September 2021 ( Isnin ), seramai ( 24 ) orang banduan yang akan bebas pada bulan Oktober 2021 telah dipilih untuk mengikuti  'Program I-Kembali', Program Usahasama Jabatan Penjara dengan Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali Dan Ghullam Development Sdn Bhd ini diadakan adalah  untuk memberi peluang pekerjaan kepada banduan apabila dibebaskan dan secara tidak langsung membantu ekonomi keluarga banduan. Sesi taklimat telah dikendalikan oleh Dato' Seri Hajah Siti Murni binti Dato' Seri Sheikh Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif). Program turut dihadiri PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, ( Pengarah Penjara Seremban ) dan TPP Mohd Hafiz bin Abd Latiff  ( Timbalan Penguasa Penjara Seremban).