| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 Dan Hari Malaysia Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2021

Pada 14 & 15 September 2021 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 dan Hari Malaysia Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan di Dataran Kawad Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) dan Blok Kekal. Program ini melibatkan 1 orang penghuni di RPD dan 150 orang penghuni di Blok Kekal yang dijalankan secara berasingan. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan PP Maswardi Bin Masri, Ketua Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

Pertandingan melukis poster, penulisan sajak dan cipta lagu patriotik yang bertemakan 'Malaysia Prihatin' telah mendapat sambutan yang hangat daripada penghuni sepanjang program ini dijalankan. Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada penghuni untuk mempamerkan semangat patriotik, keprihatinan dan rasa cinta negara sempena Hari Kemerdekaan ke-64 dan Hari Malaysia tahun 2021.