| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bank Makanan (Food Bank) Bagi Kemudahan Anggota Dan Kakitangan Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

28 September 2021 (Selasa) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah melaksanakan Program Bank Makanan (Food Bank) Bagi Kemudahan Anggota Dan Kakitangan bertempat di Koperasi IPDJ. Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Cetusan program ini berdasarkan saranan daripada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) 1 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 15 Februari 2019. Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil inisiatif bagi membantu anggota dan kakitangan yang terkesan dengan situasi masa kini. Konsep pelaksanaan dengan menyimpan barang makanan kering di Koperasi IPDJ dan kumpulan sasaran terhadap golongan B40.