| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara Penjara Tawau 2021

Pada 9 October 2021 Penjara Tawau telah melaksanakan sambutan Hari Sukan Negara 2021 yang dihadiri oleh kakitangan dan keluarga kakitangan. Program dimulakan dengan acara Penyerahan Jersey Tawau Prison Cycling Club (TPCC) dan Perlepasan Funride Sukan Berbasikal oleh Pengarah Penjara Tawau PKK Abd Rauf bin Lang Pasih. Sebanyak 8 acara telah diadakan:

1. Acara Senamrobik
2. Acara Bola Sepak Pegawai Kanan vs Veteran Penjara
3. Acara Sukan Petanque
4. Acara Sukan Bola Tampar
5. Acara Sukan Pingpong
6 Acara Sukan Memanah Berpasukan dan Individu
7. Pertandingan Basikal Perlahan dan
8. Pertandingan Sukan Golf Nearest to the Pin (newbie).

Program ini juga dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah kepada semua kakitangan yang hadir. Pihak Insititusi juga telah menerima pelawaan dari Polis Diraja Malaysia Daerah Tawau (PDRM) untuk menyertai Kayuhan Basikal sempena Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. Seramai 10 orang kakitangan pelbagai pangkat telah menyertai kayuhan ini. Program sambutan Hari Sukan Negara 2021 institusi Penjara Tawau selesai dalam jam 11:45 pagi.