| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Ke Pusat Koreksional Puncak Alam

Pada 18 Oktober 2021, Jam 9.30 pagi, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengadakan Lawatan ke Pusat Koreksional Puncak Alam. Tujuan lawatan adalah bagi melihat sistem dan aktiviti yang dilaksanakan kepada banduan muda yang telah dijatuhkan hukuman selaras dengan hak kanak-kanak.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Abdul Rahman Abdullah (Ketua Penolong Setiausaha) bersama Pegawai Pesuruhjaya Kanak-Kanak - Cik Nur Liyana Adlin dan Pegawai Tadbir - Encik Mohammad Noor Shazwan Azman. Turut hadir wakil daripada Bahagian Pengurusan Banduan, IPPM - PP Zol Fadli dan Encik Anuar. Lawatan bermula dengan Sesi Taklimat oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan seterusnya melawat ke kawasan dalam penjara.