| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Program Hijrah Kasih 10 Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor

22 Oktober 2021, berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Program Hijrah Kasih 10, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj Hassan Nudin bin A. Hamid Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut dihadiri oleh YBrs. PKK Muhammad Nazri bin Narudin Timbalan Pengarah, Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PKP Wan Rosli bin Dollah Pengarah, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor, YBrs. Puan Noriah binti Haron Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Abd. Najeh bin Asmuin Ketua Penolong Pengarah kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Antara objektif utama program ini dijalankan dalah bagi untuk memperkukuhkan akidah, penghayatan nilai-nilai islam/murni serta Asas-asas syariat dan hukum agama murid Sekolah Integriti, Menzahirkan semangat persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan warga KPM dan juga JPM. Memberi peluang kepada KPM mendekati kehidupan sebenar murid-murid di Sekolah Integriti. Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, kasih sayang, bekerjasama dalam kalangan para pelajar dan boleh menimbulkan rasa keyakinan diri dan semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik dan positif dalam diri setiap murid Sekolah Integriti.