| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Tapak Dan Perbincangan Pembangunan Semula Bangunan Sedia Ada Kepada Bengkel Dan Galeri Tenunan Penjara Puncak Borneo

28 Oktober 2021- Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri, Encik Alfa Rizal bin Zainudin diiringi Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh bin Majin telah membuat lawatan tapak dan mengadakan perbincangan untuk membangunkan Blok 33 dan 34 kepada Bengkel dan Galeri Tenunan Penjara Puncak Borneo. Turut hadir bersama ialah dua (2) orang Pegawai daripada Bahagian Pembangunan KDN dan TPP Mohamad Khairul Farmizi bin Mohd Asri daripada Bahagian Pembangunan dan Perolehan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.