| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gaya Hidup Sihat Sempena Bulan Sukan Negara Di Satelit Kulim, Kedah

31 Oktober 2021 - Sempena Bulan Sukan Negara, Penjara Satelit Kulim, Kedah telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat di Dewan Putri Indah PLKN Bukit Besar. Acara yang dijalankan adalah senam robik bersama jemputan Kumpulan Kesenian Citrasari daripada Pulau Pinang. Selain bertujuan untuk menyihatkan badan, program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat muhibat serta kerjasama di antara anggota Penjara, RELA dan Pegusaha Kem PLKN, secara tidak langsung dapat meransang untuk lebih cekap dalam mengendalikan program dan kerjasama dalam bentuk berpasukan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Penjara Satelit Kulim, Kedah Timbalan Penguasa Penjara Azman bin Husain.