| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Seremban

Pada 21 Oktober 2021 (Khamis), seramai (89) orang penghuni telah terpilih untuk mengikuti Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Seremban yang diadakan di Dataran Insaf Penjara Seremban. Antara pengisian program adalah perarakan Maulidur Rasul, bacaan ayat suci Al-Quran, pertandingan nasyid dan qasidah serta Ceramah Perdana Maulidur Rasul, "IDOLAKU DUNIA AKHIRAT" yang di sampaikan oleh Uztaz Mohammad Nor bin Amran. Objektif program ini diadakan adalah untuk membentuk individu muslim berakhlak mulia, cintakan agama dan berjiwa insan soleh, disamping dapat mendedahkan kepada penghuni tentang keutamaan menghayati hari kebesaran Islam dan mengenali dengan lebih dekat lagi sirah Rasulullah SAW. Turut hadir memeriahkan sambutan Maulidur Rasul ini adalah PP Zakaria bin Mat Jusoh (Timbalan Pengarah Penjara Seremban), TPP Mohamad Nazeff bin Mohamed Mazelan dan PPP Wan Saadi bin Yacob.