| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sembilan

Pada 02 November 2021 (Selasa), bertempat di Dataran Insaf, Penjara Seremban telah diadakan Program Hari Sukan Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sembilan dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia. Program telah dihadiri oleh Encik Mohd Khuzaini bin Abdul Ghani, Ketua Perdanaan HQ Bank Rakyat Malaysia, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, PKP Shahrom bin Mohamed, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Shahrul Nizam bin Husin, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan pihak-pihak NGO. Diantara pengisian program adalah acara tarik tali, sukaneka, persembahan bina badan dan persembahan oleh penghuni. Program turut disertai oleh penghuni dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (13 O/B), PRP Kem Syed Sirajuddin Gemas     (15 ODS) dan PRP Mantin (15 ODS). Upacara Perasmian Penutupan Hari Sukan Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khuzaini bin Abdul Ghani, Ketua Perdanaan HQ Bank Rakyat Malaysia.