| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kacau Bubur Asyura 1443H

Pada 02 November 2021 ( Selasa ) bersamaan 26 Rabiul Awal 1443 Hijrah Program Kacau Bubur Asyura telah diadakan bertempat di Masjid Penjara Penor, Kuantan. Program tersebut bermula pada 7.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Program ini di anjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Penjara Penor bagi mengeratkan silaturrahim sesama petugas masjid, pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga kakitangan Penjara Penor.

Program tersebut dihadiri seramai 30 orang terdiri dari pegawai, kakitangan serta ahli keluarga Penjara Penor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kacau bubur asyura sebanyak 4 kawah ( 3 bubur Asyura Pantai Timur dan 1 bubur Asyura Utara ). Usai aktiviti tersebut, bubur asyura diagihkan kepada semua Warga kakitangan Penjara Penor. Majlis turut dihadiri Pengarah Penjara Penor iaitu PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi.