| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Pusat Terapi Komuniti (Therapeutic Community Center) Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Oleh YBhg. TKJP Dato’Abdul Aziz Bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional)

16 November 2021 (Selasa) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pusat Terapi Komuniti (Therapeutic Community Center) bertempat di Rumah Kelab IPDJ dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. TKJP Dato' Hj. Abdul Aziz Bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional). Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Pengarah Bahagian Banduan / Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sembilan, Ahli Lembaga Parol KDN, Agensi luar seperti PDRM, Majlis Daerah dan Pejabat Perikanan Daerah, beberapa Staff Intern Training Daytop New York, NGO serta pihak wakil-wakil media tempatan. Pengisian lain adalah YBhg. Dato’ telah menyampaikan Cenderamata kepada (9) orang kakitangan IPDJ yang telah terpilih sebagai Peserta Terbaik In House Training Module Therapeutic Siri 1 hingga 9 serta cenderahati kepada Fasilitator daripada Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang telah mengendalikan sesi kursus tersebut.