| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Aktiviti Pengumpulan Hasil Latihan Pertanian ODS PRP Mantin

Pada 15.11.2021(Isnin) jam 0700 pagi, seramai (10) ODS yang mengikuti latihan pertanian di PRP Mantin telah menjalankan kerja-kerja memungut hasil pertanian seperti sayur kangkung dan sawi yang diusahakan secara sistem fertigasi. Kutipan hasil pertanian ini telah dibekalkan kepada pihak pemborong iaitu Syarikat QV & Marketing di Seremban. Diharapkan penjualan hasil pertanian ini dapat menyuntik modal pusingan dalam memastikan latihan pertanian ini dapat dijalankan secara berterusan. Perancangan masa hadapan PRP Mantin adalah untuk memperbanyakkan lagi Rumah Fertigasi dan mempelbagaikan jenis tanaman seperti cili hybrid dan lain-lain lagi bergantung kepada kehendak dan permintaan pengguna bagi memudahkan aktiviti pemasaran.