| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Dan Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021

Pada 10 November 2021 (Rabu) bertempat di Hotel UCSI, Kuching telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2021.Majlis yang gilang-gemilang ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara beserta isteri YBhg. Datin Hajah Zihana binti Mohd Zin merangkap Yang Dipertua PERSIAP Malaysia diiringi YBrs. KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan. Turut hadir TKP Zaidi Bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal Dan Berisiko Tinggi merangkap Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) serta Presiden Persatuan Pegawai Penjara (POA).

Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan meraikan seramai 05 pesara jabatan yang hadir serta 06 anak kakitangan penjara yang telah berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaaan SPM 2020.

YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara juga turut bersama-sama menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada pesara manakala sijil dan sumbangan anak cemerlang dari POA kepada anak cemerlang yang telah diwakili oleh bapa masing-masing.

Majlis ini berjaya dilaksanakan dalam acara yang meriah mengikut ketetapan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.