| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ke Penjara Kajang

29 November 2021 (Isnin)- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Penjara Kajang yang di iringi oleh Komisioner Jeneral Penjara YBhg. Dato Haji Nordin bin Haji Muhamad serta pengurusan tertinggi Jabatan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri skop kerja kakitangan jabatan penjara disamping meninjau operasi kerja harian oleh keupayaan kakitangan yang sedia ada dalam mengawal jumlah banduan yang ramai.

Lawatan ini dimulakan dengan sambutan Kawalan Suku sejurus ketibaan, seterusnya KPPA dan rombongan dibawa masuk ke dalam penjara untuk melihat sendiri proses-proses kerja yang berkaitan.

Pada akhir lawatan, YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman juga telah melancarkan Program Psychology in Mind bagi peringkat Jabatan Penjara Malaysia.