| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-231 Peringkat Institusi Penjara Tawau

Pada 29 November 2021 (Isnin), Penjara Tawau telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-231 tahun 2021 peringkat Institusi Penjara Tawau. Majlis dimulai dengan Lagu NegaraKu, Sabah Tanah AirKu, Bakti Setia dan Bacaan Ikrar Penjawat Awam yang dipimpin oleh TPP Choimmber Tain. Seterusnya majlis penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang telah disempurnakan oleh PKK Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Tawau diiringi TPP John Kindasan. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan YBhg. KJP Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad dan diakhiri dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Ubaedillah bin Sodiq, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Tawau. Antara pengisian sambutan Hari Penjara adalah seperti program derma darah dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Hospital Besar Tawau dan lawatan kebajikan pesara Jabatan Penjara Malaysia, khususnya daerah tawau.