| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Ke Penjara Puncak Borneo

30 November 2021 (Selasa) – Penjara Puncak Borneo telah menerima lawatan kerja daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM) yang dihadiri oleh tujuh orang wakil syarikat diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM. Rombongan lawatan disambut oleh TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak.


Lawatan ini bertujuan melihat kesesuaian tapak pembuatan sanitary pad di bawah Inisiatif 3 Belanjawan 2022 bagi Program Pemberian Kit Asas Kebersihan Diri kepada 130,000 Remaja Wanita B40. Turut hadir bersama, Encik Kasvenda bin Kassim, Pengarah SIRIM Sarawak, PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo.