| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443h, Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443h, Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Isnin, 01 November 2021 bersamaan 25 Rabiul Awal 1443H. Antara pengisian program ialah Alunan Selawat beramai-ramai kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Seterusnya, ucapan aluan oleh Timbalan Penguasa Penjara, Anuar bin Taib (Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping) yang mewakili Pengarah Penjara Taiping. Sambutan diteruskan dengan Sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Sahibus Samahah, Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada penghuni yang terlibat dalam pertandingan-pertandingan ilmiah yang dianjurkan sempena Maulidur Rasul 1443H. Hadiah kepada penghuni disampaikan sendiri oleh Dato' Haji Zamri bin Hashim. Penyampaian Cenderahati kepada beliau disempurnakan oleh TPP Anuar bin Taib. Seramai 60 orang banduan terlibat dalam program ini.