| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Perbincangan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah Bersama Komisioner Jeneral Penjara Dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Pada 22/12/2021 bertempat di Bilik Persidangan, IPPM (Baru) telah diadakan sesi perbicangan Perintah Kehadiran Wajib bagi pesalah syariah bersama YA Dato Mohd Amran Mat Zain (Hakim Rayuan JKSM) yang mewakili YAA Dato Setia Dr. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, KP JKSM. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman Pengarah BPPK menjalankan tugas TKJP (Pemasyarakatan), KP Ajidin bin Salleh Pengarah Pengurusan Banduan serta wakil Bahagian-Bahagian IPPM dan pegawai-pegawai dari JKSM iaitu Tn Mohd Zakian bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman,Tn Abu Sufian bin Abu Yaziz, Pengarah BPKR dan Tn Muhamad Yusro bin Borhan Nordin, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rayuan BPKR.

Sesi perbincangan adalah berkaitan pelan perancangan pelaksanaan dan cadangan pengisian program pemulihan PKW bagi pesalah syariah. JPM juga telah menjelaskan keperluan data pesalah syariah JKSM dikongsikan dengan JPM bagi perancangan sumber manusia dan logistik dapat dilakukan terutamanya bagi daerah-daerah yg tiada pusat PKW. JPM juga berpendapat terdapat peluang mewujudkan pejabat perkhidmatan komuniti di ruang pejabat Majlis Agama Negeri-Negeri atau mewujudkan PKW bergerak.

JKSM juga turut memberi penghargaan kepada JPM atas komitmen semua pegawai dalam membantu menghasilkan Buku SOP Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara dan Buku Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah. JPM dan JKSM juga telah bersetuju supaya perancangan 12 kursus anjuran JPM dan JKSM bermula Januari hingga Mac 2022 kepada semua pihak-pihak yang terlibat.