| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Perbarisan Bulanan Kakitangan Penjara Wanita Kajang Bagi Bulan Mac 2020

Pada 9 Mac 2020 (Isnin), institusi ini telah mengadakan Perbarisan Bulanan Kakitangan Penjara Wanita Kajang Bagi Bulan Mac 2020 di Perkarangan Pejabat Perusahaan yang disempurnakan oleh Yang DIhormati Penolong Kanan Komisioner, Lim Kim Mooi, Pengarah Penjara Wanita Kajang diiringi Penguasa Penjara Kesumawati Binti Ilas, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang serta dihadiri oleh kakitangan pelbagai pangkat termasuk kakitangan awam Penjara Wanita Kajang.

Seramai 95 Pegawai dan kakitangan Penjara Wanita Kajang telah menyertai bagi melancarkan Perbarisan ini. PKK Lim Kim Mooi meminta semua warga institusi ini melibatkan diri dalam Program Larian Sempena Hari Penjara 2020 Ke 230 akan diadakan pada 14 Mac 2020 (Sabtu) ini. Beliau telah mengumumkan bahawa Jabatan Penjara Malaysia telah memutuskan untuk menyambut Sambutan Hari Penjara 2020 Ke 230 pada 16 Mac 2020 (Isnin). Beliau juga telah memperingatkan semua anggota bersiap sedia untuk menerima semua jenis audit yang bakal diterima oleh institusi ini.